Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)

Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)
aq harap hubungan kiteorg akn kekal rapat seperti mule2 kiteorg berjumpe dan akan berkekalan sehingga ke sem 6.. memng best dapat duduk satu kelas ngan korang sume.. masing2 x kedekut ilmu dan ambil berat antare satu same lain.. keep it up guys.. jgn ade 'clicks' ok..!!

Monday, July 30, 2012

TUNTUTAN IFC-AMBIGA


14 (empat belas tuntutan) Interfaith Commision (IFC) atau Suruhanjaya Antara-Agama di Malaysia
PENDOKONG DAN PENGGERAK: AMBIGA

*kenapa masih ada orang melayu Islam menyokong perjuangan Ambiga??

MELAYU MUDAH LUPA


INGATKAH PADA TAHUN 2007 AKAN KES LINA JOY?
PADA TAHUN INI UMNO, PAS DAN PKR BERSATU DIHADAPAN MAHKAMAH
MENUNGGU KEPUTUSAN KES LINA JOY. TAHUKAH KAMU SIAPA PEGUAM YANG MENYOKONG LINA JOY UNTUK TUKAR AGAMA DARI ISLAM KE KRISTIAN? AMBIGA PADAYAPPA LAH ORANGNYA.. BETULLAH MELAYU MUDAH LUPA

BEZA JANJI DITEPATI DAN JANJI DITABURI.


ORANG kata (bukan penulis kata), kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib ‘berhabis’ sungguh untuk menawan hati rakyat agar mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.  BR1M, BB1M, TR1M dan seumpamanya, ditohmahkan sebagai modal Najib untuk ‘membeli’ undi rakyat.

Penulis taknak ulas kepentingan bantuan itu semua kerana ramai sudah tahu, cuma yang penulis nak kupas hari ini ialah, kelihatannya dari cara orang ini bercakap, Pakatan haram yang dia dukung dan sanjung tidak berbuat apa pun untuk ‘membeli’ undi rakyat.

Pakatan haram ‘berbelanja’ habis juga, tak sedar?  Tol percuma, pendidikan percuma, minyak murah sampai kiamat, semua ini apa kalau bukan nak ’umpan’ dan ’beli’ rakyat untuk mengundi Pakatan haram?

Memanglah belum ada wang yang keluar, tapi kalau dia dapat kuasa besok (mintak jauh), inilah yang dia janjikan untuk beri kepada rakyat Malaysia ini. Masa itu guna apa nak tanggung semua janji ini kalau bukan wang.

Tapi masalah disitu negara ini boleh bankrap dengan janji Pakatan haram ini, kalau betul dia laksanakanlah.
Sekarang, Pengarah Strategik PKR yang tidak asing lagi, si Rafizi Ramli, tabur janji lagi, kali ini nak kurang harga kereta pulak.

Agaknya budak lembut ini tidak sedar, dengan mengungkap janji itu sahaja, Pakatan haram telah kehilangan undi 100% kakitangan Proton yang majoritinya berasal dari negeri ‘Air Keruh’, Kelantan.

Tak payahla penulis sentuh macam mana undi boleh hilang, semua orang pun tahu apa jadi dengan kereta tempatan kalau kereta luar pun dah sama harga atau lebih murah!!

Mungkin Rafizi akan kata pekerja Proton tidak akan terjejas sebab Pakatan ada cara untuk struktur Proton dan sebagainya untuk menangani kesan daripada janji tersebut.  Tapi ini kelihatannya too good to be true.  Kalau negeri-negeri yang depa perintah sekarag dijadikan contoh, tak nampak bijak mana pun untuk selesaikan semua masalah.

Air tak selesai, sampah tak selesai, jalan hancur dan sebagainya.  Ini nak cerita struktur-struktur lagi?  Negara ini bukan ada 1 atau 2 syarikat yang bergantung kepada industri automotif tapi banyak.  Setiap satunya bergantung antara satu sama lain, cermin keretalah, wiperlah, tayarlah dan sebagainya.

Mampu ke Rafizi nak ‘struktur’ semua masalah ini?

Ini perkara yang pemimpin Pakatan haram tidak akan sebut di depan rakyat, bagaimana dia nak selesaikan semua masalah ini.  Yang penting pada dia ialah tabur janji dulu dengan harapan boleh menang.  Boleh buat atau tidak itu kemudian.

Kita rakyat, jangan jadi bodoh sama macam mereka.  Niatnya tu jelas sangat dah, bukan nak melaksanakan sangat pun tapi lebih kepada nak memancing undi sahaja.  Lihat saja prestasi ‘melaksanakan janji’ di negeri-negeri yang depa perintah sekarang, apa yang hebat?

Takde pun, kok ada satu dua pun bukan semua merasa.  Air percuma di Selangor contohnya, rumah pangsa tak dapat, rumah bawah dapat, nak selesai masalah inipun Rafizi dan Pakatan haram tak boleh.

Hebat apa kejadahkah itu?
MYKMU


DAP GANTI PAS? MUAHAHAHA


renung-renungkan.. dulu cakap UMNO kafir sebab bekerjasama dengan MIC dan MCA.. sekarang PAS bekerjasama dengan siapa? jilat ludah sendiri memang best!

LAGI TUNTUTAN RASIS CAUVUNIS DONG ZONG !


gua panas hati dengan tuntutan cina yang makin melampau ni.
dorang tuntut sekolah cina bebas.


bebas dari segi maksud sukatan pelajaran bukan dari kementerian pelajaran.


kalau dah tak nak suka pelajaran kebangsaan, elok balik negeri asal lah.KLIK SINI

KRISIS AIR SELANGOR : PAKATAN DIDESAK JANGAN PERJUDIKAN HAK RAKYAT.


Seawal Ogos 2011 kerajaan pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air yang akan bakal melanda  menjelang tahun 2014.

Bukan sahaja Selangor, malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna.

Ini bermakna Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya.

Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029.

Apa yang Pakatan Rakyat lakukan setakat ini?

Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat.

Pakatan Rakyat menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan alam fantasinya dengan mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun 2019. 

Hasilnya, kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan pusat terpaksa mengambil langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, samada dengan kerjasama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau tidak.

Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apa pun aral yang melintang atau halangan yang bakal di hadapinya dari Pakatan Rakyat.

Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Sunday, July 29, 2012

DENGAR, LIHAT DAN NILAI SENDIRI. NAUZUBILLAH MIN ZALIK


NYANYUK KE? HAISHHH
*INIKAH KAMU KATA ISLAM?? FAHAMAN KAMU DIMANA?



NI JAWAB DIA... HAAA... BARU BETUL ^^


*ISLAM BUKAN DIKUTIP DITEPI JALAN.. ISLAM DI BAWA TURUN OLEH MALAIKAT BERSAMA NABI