Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)

Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)
aq harap hubungan kiteorg akn kekal rapat seperti mule2 kiteorg berjumpe dan akan berkekalan sehingga ke sem 6.. memng best dapat duduk satu kelas ngan korang sume.. masing2 x kedekut ilmu dan ambil berat antare satu same lain.. keep it up guys.. jgn ade 'clicks' ok..!!

Monday, July 30, 2012

TUNTUTAN IFC-AMBIGA


14 (empat belas tuntutan) Interfaith Commision (IFC) atau Suruhanjaya Antara-Agama di Malaysia
PENDOKONG DAN PENGGERAK: AMBIGA

*kenapa masih ada orang melayu Islam menyokong perjuangan Ambiga??

MELAYU MUDAH LUPA


INGATKAH PADA TAHUN 2007 AKAN KES LINA JOY?
PADA TAHUN INI UMNO, PAS DAN PKR BERSATU DIHADAPAN MAHKAMAH
MENUNGGU KEPUTUSAN KES LINA JOY. TAHUKAH KAMU SIAPA PEGUAM YANG MENYOKONG LINA JOY UNTUK TUKAR AGAMA DARI ISLAM KE KRISTIAN? AMBIGA PADAYAPPA LAH ORANGNYA.. BETULLAH MELAYU MUDAH LUPA

BEZA JANJI DITEPATI DAN JANJI DITABURI.


ORANG kata (bukan penulis kata), kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib ‘berhabis’ sungguh untuk menawan hati rakyat agar mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.  BR1M, BB1M, TR1M dan seumpamanya, ditohmahkan sebagai modal Najib untuk ‘membeli’ undi rakyat.

Penulis taknak ulas kepentingan bantuan itu semua kerana ramai sudah tahu, cuma yang penulis nak kupas hari ini ialah, kelihatannya dari cara orang ini bercakap, Pakatan haram yang dia dukung dan sanjung tidak berbuat apa pun untuk ‘membeli’ undi rakyat.

Pakatan haram ‘berbelanja’ habis juga, tak sedar?  Tol percuma, pendidikan percuma, minyak murah sampai kiamat, semua ini apa kalau bukan nak ’umpan’ dan ’beli’ rakyat untuk mengundi Pakatan haram?

Memanglah belum ada wang yang keluar, tapi kalau dia dapat kuasa besok (mintak jauh), inilah yang dia janjikan untuk beri kepada rakyat Malaysia ini. Masa itu guna apa nak tanggung semua janji ini kalau bukan wang.

Tapi masalah disitu negara ini boleh bankrap dengan janji Pakatan haram ini, kalau betul dia laksanakanlah.
Sekarang, Pengarah Strategik PKR yang tidak asing lagi, si Rafizi Ramli, tabur janji lagi, kali ini nak kurang harga kereta pulak.

Agaknya budak lembut ini tidak sedar, dengan mengungkap janji itu sahaja, Pakatan haram telah kehilangan undi 100% kakitangan Proton yang majoritinya berasal dari negeri ‘Air Keruh’, Kelantan.

Tak payahla penulis sentuh macam mana undi boleh hilang, semua orang pun tahu apa jadi dengan kereta tempatan kalau kereta luar pun dah sama harga atau lebih murah!!

Mungkin Rafizi akan kata pekerja Proton tidak akan terjejas sebab Pakatan ada cara untuk struktur Proton dan sebagainya untuk menangani kesan daripada janji tersebut.  Tapi ini kelihatannya too good to be true.  Kalau negeri-negeri yang depa perintah sekarag dijadikan contoh, tak nampak bijak mana pun untuk selesaikan semua masalah.

Air tak selesai, sampah tak selesai, jalan hancur dan sebagainya.  Ini nak cerita struktur-struktur lagi?  Negara ini bukan ada 1 atau 2 syarikat yang bergantung kepada industri automotif tapi banyak.  Setiap satunya bergantung antara satu sama lain, cermin keretalah, wiperlah, tayarlah dan sebagainya.

Mampu ke Rafizi nak ‘struktur’ semua masalah ini?

Ini perkara yang pemimpin Pakatan haram tidak akan sebut di depan rakyat, bagaimana dia nak selesaikan semua masalah ini.  Yang penting pada dia ialah tabur janji dulu dengan harapan boleh menang.  Boleh buat atau tidak itu kemudian.

Kita rakyat, jangan jadi bodoh sama macam mereka.  Niatnya tu jelas sangat dah, bukan nak melaksanakan sangat pun tapi lebih kepada nak memancing undi sahaja.  Lihat saja prestasi ‘melaksanakan janji’ di negeri-negeri yang depa perintah sekarang, apa yang hebat?

Takde pun, kok ada satu dua pun bukan semua merasa.  Air percuma di Selangor contohnya, rumah pangsa tak dapat, rumah bawah dapat, nak selesai masalah inipun Rafizi dan Pakatan haram tak boleh.

Hebat apa kejadahkah itu?
MYKMU


DAP GANTI PAS? MUAHAHAHA


renung-renungkan.. dulu cakap UMNO kafir sebab bekerjasama dengan MIC dan MCA.. sekarang PAS bekerjasama dengan siapa? jilat ludah sendiri memang best!

LAGI TUNTUTAN RASIS CAUVUNIS DONG ZONG !


gua panas hati dengan tuntutan cina yang makin melampau ni.
dorang tuntut sekolah cina bebas.


bebas dari segi maksud sukatan pelajaran bukan dari kementerian pelajaran.


kalau dah tak nak suka pelajaran kebangsaan, elok balik negeri asal lah.KLIK SINI

KRISIS AIR SELANGOR : PAKATAN DIDESAK JANGAN PERJUDIKAN HAK RAKYAT.


Seawal Ogos 2011 kerajaan pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air yang akan bakal melanda  menjelang tahun 2014.

Bukan sahaja Selangor, malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna.

Ini bermakna Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya.

Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029.

Apa yang Pakatan Rakyat lakukan setakat ini?

Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat.

Pakatan Rakyat menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan alam fantasinya dengan mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun 2019. 

Hasilnya, kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan pusat terpaksa mengambil langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, samada dengan kerjasama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau tidak.

Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apa pun aral yang melintang atau halangan yang bakal di hadapinya dari Pakatan Rakyat.

Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Sunday, July 29, 2012

DENGAR, LIHAT DAN NILAI SENDIRI. NAUZUBILLAH MIN ZALIK


NYANYUK KE? HAISHHH
*INIKAH KAMU KATA ISLAM?? FAHAMAN KAMU DIMANA?



NI JAWAB DIA... HAAA... BARU BETUL ^^


*ISLAM BUKAN DIKUTIP DITEPI JALAN.. ISLAM DI BAWA TURUN OLEH MALAIKAT BERSAMA NABI

PAS TUKAR DASAR PERJUANGAN: NEGARA BERKEBAJIKAN BUKAN NEGARA ISLAM


*NO MORE ISLAMIC STATE??!

KENAPA PAS TUKAR DASAR SELEPAS BERGABUNG DI BAWAH SATU PAKATAN BERSAMA DAP?? TAKUT DAP LARI KE?? NAK TUNJUK YG PAS JUGA PENTINGKAN AGAMA LAIN?? TUNDUK DENGAN ARAHAN DAP?? APA SUDAH JADI DENGAN PENDIRIAN PAS??

Kerajaan Tanggung Subsidi Yuran Pengajian 85 Hingga 95 Peratus - Muhyiddin (sebahagian duit rakyat disalurkan disini)

SHAH ALAM, 15 April (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) menanggung antara 85 hingga 95 peratus subsidi bagi yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam untuk meringankan beban pelajar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikutan itu, katanya pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian mereka pada kadar yang amat minimum.

"Contohnya bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM9,000 bagi lima tahun pengajian berbanding RM166,000 yuran sebenar. Pelajar hanya perlu bayar 5.4 peratus daripada jumlah yuran sebenar dan baki 94.6 peratus dibayar oleh kerajaan.

"Bagi bidang kejuruteraan di UKM, pelajar hanya perlu bayar RM5,600 untuk tempoh empat tahun pengajian berbanding RM61,200 yuran sebenar. Hanya 9.2 peratus pelajar perlu bayar, manakala baki 90.8 peratur dibayar oleh kerajaan," katanya semasa berucap pada majlis makan malam Perdana Siswazah Kelantan 1Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Naib Canselor UiTM Datuk Prof Sahol Hamid Abu Bakar dan Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) Mohd Faizal Daud.

Mengulas mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata sebahagian besar pinjaman itu digunakan oleh pelajar untuk menanggung keperluan sara hidup mereka.

Beliau berkata hanya 15 ke 30 peratus pinjaman PTPTN digunakan pelajar untuk membayar yuran masing-masing manakala 70 ke 85 peratus digunakan bagi menanggung sara hidup.

"Pemansuhan PTPTN seperti yang diminta pembangkang akan menyebabkan pelajar perlu mencari sendiri yuran pengajian mereka," katanya.

Muhyiddin berkata PTPTN turut mengecualikan pembayaran semula kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendapat kelas pertama atau yang setaraf dengannya yang mana sehingga 31 Dis 2011, seramai 11,764 pelajar telah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman PTPTN.

Beliau berkata sehingga 31 Dis 2011, sebanyak 1.93 juta permohonan PTPTN telah diluluskan melibatkan peruntukan RM42.96 bilion.

"Bagi menyediakan pinjaman kepada pelajar, PTPTN membuat pinjaman daripada institusi kewangan di mana kadar faedah antara empat hingga lima peratus perlu ditanggung kerajaan.

"Bagi 2012, kerajaan perlu membiaya RM1.09 bilion bagi kadar faedah pinjaman dari institusi kewangan," katanya.



*ini baru sebahagian subsidi yang di keluarkan oleh kerajaan demi membantu rakyat.. tapi rakyat tak nampak semua ni.. butakah? kenapa masih termakan dengan kata2 kosong pihak pembangkang? sedar atau tidak negara kita pengeluar subsidi terbanyak demi membantu rakyat. rakyat tak sedarkah? harga petrol terendah didunia, kerana kerajaan menanggung 3 kali ganda dari harga sebenar. tahu pakai je kah??*

PRU13: Orang muda pilih siapa? - Bahagian I

GENDANG Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hanya menunggu masa untuk dipalu. Pelbagai andaian mengenai tarikh sebenar pilihan raya dibuat oleh mereka yang arif dalam rentak politik negara namun, sehingga kini ia masih menjadi tanda tanya.

Selain tarikh PRU13, persoalan yang masih kabur ialah parti mana yang menjadi pilihan anak muda di negara ini di mana mereka disifatkan sebagai talian hayat parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum itu nanti.

Bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan itu, Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama Radio 24 mengadakan Debat Sinar yang bertajuk PRU13: Orang muda pilih siapa? Yang berlangsung selama satu jam setengah di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Khamis lalu.

Debat itu mempertemukan dua tokoh politik muda iaitu Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya sementara moderatornya pula ialah Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.


Berdasarkan tajuk kita pada hari ini ‘PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?’, apakah definisi orang muda seperti yang anda fahami?

FATHUL BARI: Berbicara tentang ‘PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?’, kita perlu klasifikasi ataupun mengetahui terlebih dahulu teknologi orang muda, siapakah orang muda? Kalau kita lihat PRU telah berlangsung selama 12 kali. Lima tahun lalu telah berlangsung PRU sampai ke hari ini, maka inilah pilihan orang muda. Jadi adakah kita nak maksudkan orang muda itu adalah orang yang berada pada kurun ini ataupun pada masa ini tahun 2000 ke atas. Ataupun orang muda adalah memiliki ciri-ciri cara berfikir tertentu.

Mungkin kita boleh kombinasikan antara cara orang muda dan juga massa. Kalau kita lihat di dalam hadis Nabi SAW, baginda menggambarkan ciri orang muda sebagai agresif dan kritis contohnya apabila sahabat Nabi, Abdullah Umar r.a meminta Nabi SAW untuk menyertai peperangan di saat bila berusia 13 tahun. Usia agresif.

Begitulah mereka berfikiran kritis sehingga kalau kita lihat sebahagian daripada sahabat Nabi, antaranya Abu Jannah dan Mu'az Bin Jabal. Mereka bertanya kepada Nabi Ishak soalan jarang diajukan oleh orang yang senior daripada mereka. Contoh, mereka bertanya kepada Nabi SAW tentang apakah amalan yang boleh mendekatkan diri dengan syurga, apakan soalan yang tidak pernah diajukan kepada kamu Ya Rasulullah yang mampu mendekatkan seseorang dengan syurga. Menunjukkan mereka ini berfikiran kritis.

Apabila kita berkata orang muda ini agresif, kadangkala tindakan itu keterlaluan. Sebagai contoh, apabila datang dua orang kepada nabi SAW, lelaki yang pertama agak berusia. Ini ada berhubung kait dengan hukum hakam di dalam bulan Ramadan Al Mubarak. Apabila lelaki pertama bertanya kepada Rasulullah mengenai hukum bermesra dengan isteri pada siang hari. Katanya Rasulullah SAW tidak memberi sebarang masalah.

Tiba-tiba datang orang muda kepada Nabi SAW, bertanya kembali apakah hukum bermesra dengan isteri di siang Ramadan? Nabi SAW tidak mengizinkan pemuda. Sehingga sahabat Nabi bertanya mengapa berlaku sedemikian? Orang tua kamu izinkan, orang muda kamu tidak izinkan. Kata Nabi SAW, sesungguhnya orang tua itu mampu mengekang jiwanya. Maknanya di sini, ciri-ciri orang muda bersifat agresif, kritis dan kadang kala tidak keterlaluan yang jauh berbeza.

Yang kedua, dilihat pada manusia semasa, zaman. Sesungguhnya, apabila zaman pada hari ini dunia komuniti web. Orang muda generasi dot net digelar sebagai menguasai media sosial. Menurut kajian AC Nielsen, 80 peratus antaranya usia 20 hingga 40 tahun menggunakan internet. Maksudnya, dunia orang muda pada zaman kini adalah massa, media sosial terdiri daripada facebook dan sebagainya. Itu yang kita tekankan dua ciri-ciri orang muda.

Seterusnya seperti topik perbahasan kita pada hari ini mengenai nak pilih siapa? Saya suka memilih cara al-Quran, ALLAH SWT, Rasulullah SAW. Maka di sini, saya nak jelaskan ciri-ciri pemimpin perlu ditolak oleh orang muda. Pertama sekali, pemimpin yang selalu menimbulkan huru-hara, kacau bilau, menggugat keamanan negara perlu ditolak. Apabila datang manusia yang menghancurkan negara maka ia perlu ditolak.

NASRUDIN: Pendekatan yang dibawa al-Quran, sikap yang berani, bermoral atau optimis. Ada statistik bahawa orang muda merupakan mereka yang dalam usia 24 hingga 35 tahun, 30 hingga 32 peratus, ataupun dalam negara ini hampir 4.6 juta.

Generasi muda dikenali sebagai Gen Y iaitu mereka celik maklumat, satu kelompok yang memiliki jaringan sosial secara meluas. Kebangkitan anak muda yang celik maklumat selalunya jemu dengan politik bersifat perkauman, berat sebelah, tidak bebas bersuara.

Sebaliknya pengundi muda mahu pemimpin yang bersifat terbuka dan pegang pada janji. Sebarang kata-kata pemimpin atau parti politik akan dinilai oleh mereka sendiri.

Orang muda juga jemu dan jelak dengan idea lapuk, korupsi, trend menggula-gula rakyat serta jelak dengan pemerintahan terlalu lama, pemerintahan penuh kezaliman. Kebangkitan anak muda adalah pemangkin gerakan perubahan yang mampu mencetuskan perubahan.

Lebih 50,000 pemuda hadir dalam satu program di KLCC baru-baru ini, dan jumlah ini digambarkan sebagai satu gelombang belia bertemakan kerajaan untuk belia, adakah jumlah ini boleh diterjemahkan kepada bentuk sokongan kepada kerajaan?

FATHUL BARI: Jika dihitung erti perhimpunan dari segi jumlah, saya rasa masih ramai di luar sana yang tidak datang, walau bagaimanapun ia merupakan tetap dianggap sebagai satu suara. Kerajaan dan pemerintah Umno dan BN mengambil berat tentang apa disuarakan orang muda.

Apa yang penting sikap kita dalam mengurus perhimpunan, iaitu mampu kawal sikap dan akhlak peserta. Walau bagaimanapun masih wujud sesetengah pihak menghalang dan melakukan kerosakan seperti merosakkan kenderaan polis walaupun terhadap larangan mereka masih meneruskan juga perhimpunan itu. Biarlah kita berdisiplin menggunakan kaedah syarie yang tidak melarang bersuara. Mengapa apabila ditawarkan stadium untuk berbicara, mereka pilih jalanan untuk menyebarkan di khalayak ramai.

NASRUDIN: Tidak mudah bagi parti pembangkang yang ditekan dari semua arah, tiba-tiba diberikan bantuan dan sokongan secara sukarela. Inilah yang berlaku dalam negara kita kalau kita faham erti demokrasi. Kita mahu kebebasan yang sedemikian untuk kita bersuara atau berhimpun secara aman. Namun ustaz Fathul Bari seolah-olah tidak memahami maksud sebenar demokrasi. Umno parti politik dokong demokrasi. Himpunan anti Lynas yang kita buat puluhan orang yang hadir, contohnya di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), apabila tiada provokasi daripada pihak tertentu perhimpunan itu aman.

Setiap kali turun berhimpun, kita akan keluarkan satu kenyataan kepada anggota supaya jangan membawa senjata seperti parang, pisau atau pencungkil gigi sekalipun agar tidak dituduh mencederakan polis atau sesiapa. Hanya bawa garam dan air mineral, yang menjadi kucar kacir apabila gas pemedih mata dilepaskan. Perhimpunan ini adalah perhimpunan aman, itu sebab kita tekankan bahawa hak rakyat untuk menentukan masa depan negara yang mereka akan mengundi. Kalau polis tidak kacau saya pasti kita akan hormati anggota polis. Himpunan Bersih pernah mendapat pengiktirafan dari Al Jazeera yang menyebut perhimpunan itu sebagai ‘the best trafik marshal in the word’. Dapat pengiktirafan dunia kerana selepas mengurus perhimpunan besar, kita mengutip sampah di tepi jalan sehingga bersih.

Tetapi apa yang berlaku pada Bersih 3.0 baru-baru ini, Unit Amal kita kutip sampah kena belasah polis.

Itu sebab saya tegaskan perlu wujud satu keadilan dan jangan hanya siarkan video Unit Amal serbu kawalan polis tetapi siarkan juga video unit tersebut menyelamatkan pemandu polis yang cedera selepas merempuh orang ramai. Jika pilihan raya mahu dilakukan, maklumat untuk disampaikan kepada pengundi perlu ada, ini untuk memudahkan mereka tahu apa tawaran BN atau Pakatan Rakyat. Namun, jika kita tidak boleh bersuara bagaimana untuk menyampaikan maklumat untuk pengundi mengundi dengan adil dan betul. Akhirnya mereka akan tersalah pilih, pilihan raya adalah maklumat bukan buat jalan raya atau duit raya.


-TAMAT BAHAGIAN 1-



Wednesday, February 8, 2012

HADIAH PERPISAHAN FROM MY MANAGER

Assalammualaikum reader(s),

for the past 3 months, aku bekerja sebagai kerani komputer di salah satu syarikat buku di Seremban.. memang satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan.. banyak benda baru yang aku belajar sepanjang tempoh pekerjaan aku di sana.. so sekarang aku dah berhenti, my last day of working 31.1.2012 harituh.. gaji bulan satu  lepas aku belum dapat lg, petang tadi aku dapat call dari manager aku and dia cakap cek gaji aku dah siap.. *wahhhhh dalam hati happy gila la beb! 

Sampai je kat sana, masuk2 aku dah nampak supervisor aku.. aku panggil dia Abang Prabu.. first words yang keluar dr mulut dia "eh! iz dah kurus!! apa khabar??".. aku macam =,=?? *baru 8 hari je kot x jumpe, menganjing aku ke ape?? aku pun wat rileks je.. salam semua stuff, once again my manager kak Fatimah : "iwan dah kurus sikit la.." kali ni aku dah macam mampu tersenyum.. *dah dua orang dah (",)* masuk office account department jumpe Abang Kadir: dah kurus kau ea.." kali nie aku tersenyum lebar la der.. *hati aku melompat riang.. lompat bintang sikit meh.. sepp!!* hahahaha mane ade la bang biasa je.. <--jawapan standard.. kui3

saat yang dinantikan.. yuhuuuuu!! aku dah dapat cek gaji aku utk bulan lepas.. *bonia+gucci+crocodile bermain-main di minda aku..* borak2 jap.. pastuh nak mintak diri nak balik kata adahal.. *padahal nk pergi cash kan cek.. muahahahaha* tup3! dapat hadiah perpisahan dari kak Fatimah.. wahhh bestnye.. tq kak!!

ni lah hadiah dia.. simple but memorable ^^,


tadaa!! *sound effect sikit.. nia lah yang terkandung di dalam kotak itu.. nice

kat dalam die ade masjid yang cute with orange sparkle around it falling down like snow..

and site sebelah dia ade kaabah yang cumel ~

whenever i look at this i will remember every moment that i had through during my working time =)



BISIKAN HATI: setiap pengalaman mengajar kita untuk jadi lebih matang di masa hadapan.. wahhlahhwehhh





Tuesday, February 7, 2012

HABIS NO. 8 AKU!!

Assalammualaikum semua, wagrhhhhhh frust giler boleh tak!! aku cume tinggal an lappy aq sekejap je sebab nak buat air *tekak haus coz lame sangat online.. hehehe.. balik je dari dapur aku nampak SI PUTIH baik je pos maut kat atas lappy aku.. i was like, ohhh SHIT!! tak sempat aku buat apa, SI PUTIH dah mempraktikkan cakar harimau kat atas lappy aku sampai tercabut no. 8 aku.. warghh sedih2.. lappy aku dah jadi O.K.U nasib baik ko kucing kalau adik aku dah lame aku.. PANG *bunyi pelempang.. skunk aku susah nak tekan no. "8" and "*".. 2 kali baru cukup syarat, tekan sekali no tuh tak kuar2,, ='3..
sedih tengok pic nie.. *menangis di bahu emak aku

nie die binatang yang merosakkan my beloved lappy!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
V
SI PUTIH BAK SALJU PUTIH DIA.. ^^,

Membebel-bebel mulut aku marah "dia" *kalau dia manusia memang dia dah lempang aku laju2 dah.. SI PUTIH pandang je muke aku mcm paham je ape yang aku cakap hahahaha.. tapi mulut aku tetap membebel! dasar BINATANG kau! Tak sedar di untung! Kau betul balik lappy aku nie! betulkan sekarang!! "dia" buat bodoh je.. huhh *kalau dah binatang tuh memang binatang la.. hahaha nyway PUTIH, aku ingat lagi time first time kau datang umah kiteorg kau kecik lagi.. kaki depan belah kanan kau patah sebb kena langgar mungkin.. mintak simpati kiteorg utk jaga kau.. kiteorg jaga sampai kau dah boleh berlari tanpa terjengkot-jengkot macam kucing o.k.u.. i'm happy yg kau dah pulih.. I love all my pets..

BISIKAN HATI: belajarlah menyayangi binatang, kerana di akhirat kelak mereka akan mendoakan kesejahteraan kita =)                           

Monday, February 6, 2012

MISS THEM SOO MUCH!!

assalammualaikum, sedar tak sedar dah lebih dari 3 bulan aku tinggal an dunia diploma di UiTM Lendu.. kadang-kadang aku tergelak sorang2 terkenangkan kenangan funny+manis+sweet+sugar+kelakar+manis dengan my ex-classmates.. *mak ngan abah aku pelik  je tengok aku yang termenungggg tibe2 gelak macam orang giler..hahahaha MISS THEM SO MUCHS! sampai kekadang aku rase mcm tak pernah langsung ade kenangan pahit dengan my old classmates.. *cehh sedangkan lidah lagi tergigit ni kan pulak member-member..  hahaha mestilah saling gigit menggigit.. 
miss this moment 

memang betul berkasih biar satu berkawan biar beribu.. tapi dalam beribu kawan yang aku kenal belum tentu aku boleh jumpe pengganti yang sama macam dieorg.. to be honest, untuk hilangkan rase rindu aku kat dieorg aq wat ape lg stalk lah FB dieorg.. *muahahahaha gelak jahat.. aku tengok gambar2 yg dieorg tangkap waktu presentation, gambar dieorg pergi hangout sesame, pergi trip sane sini.. *i wish i were there.. bace status dieorg yg frust dengan quiz or exam.. somehow, aku dapat rase dan faham perasaan member aku.. dapat kongsi perasaan happy and sedih dieorg walaupun aku takde kat sane untuk same2 mengurangkan beban yang di pikul.. kurang dari sebulan aku akan dapat classmate baru.. *risau+takut+gusar bercampur baur perasaan aku.. adekah my new classmate akan sama mcam my old classmates?? samekah? sudah tentu tidak sebab bagi aku, tiada sesiapa yg dapat menggantikan kengkawan aku.. dan aku cume berharap kehadiran kawan baru dan kehidupan baru akan mengurangkan rindu aku pada kawan lame aku..
gambar2 lame jadi pengubat rindu dan kenangan ='(

thanks sebab sudi baca sedikit luahan rasa yang membuku di hati ni..

BISIKAN HATI: let the be gones be the bygones.. *gud luck guys

KEPALA SERABUT!!

Assalammualaikum kepada semua readers.. kepala tengah serabut dan pening nie!! *hentak kepala kat dinding.. bukan ape, aku sebenarnya teramatlah sibuk sekarang nie, sebab dalam tempoh 3 minggu yang tinggal nie aku nak kena settle an aku punye ptptn, medical c.up permohonan itu permohonan ini.. *kalah perdana menteri sibuk ea.. yang paling wat aku menyirap ptptn nie, nak di jadikan cerita masa diploma dulu aku ade lah wat "loan" ngan ptptn nie sooooo sekarang ni diploma aku kat london belum habis sbb aku dah dapat tawaran untuk wat degree pulak kat machangster.. peluang hanya datang sekali beb so aq pon grabbb la! kesimpulanya aku kena wat satu surat rasmi penangguhan pembayaran ptptn.. kalau tak buat mati aq, tengah sibuk2 belajar kat machangster datang surat dari ptptn suruh jelaskan hutang time diploma dulu, masak aku time tuh! mane aku nak korek duit? dalam lubang hidung?? dan untuk selesaikan hal ni aku kena straight away pergi main office die kat Kuala Lumpur.. *dah la masetuh kene g Shah Alam.. masak poket bapak aku.. hahahaha sayang abah lebih macam ni sbb sanggup hantar anak abah ni kesana kesini tanpa merungut pun.. jasa mu ku kenang hingga ke akhir hayat ku.. ok enough! habis bab ptptn.. sekarang aku nak jadikan ptptn ni sejarah dalam hidup aku.. aku nak try mohon yayasan negeri mintak2 dapatlah aminnnn.. *korang pun aminkanlah sekali..=,=" nanti tak yah susah2 nak mohon ptptn, proses nak mohon pun dengar macam senang tapi yg spoilnye aq tak lahir di N.Sembilan.. ='3 sob3.. nyway aq membesar sehingga menjadi yg tersangat "besar" di N.Sembilan gak asalkan cukup syarat jadilah.. that's all from me.. k.bye

BISIKAN HATI: kan senang kalau main office ptptn kat SEREMBAN, hospital kat sebelah rumah, kampus induk UiTM kat depan rumah, nak jadikan cerita semua dekatlah.. senang kerja aku,, APTB!