Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)

Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)
aq harap hubungan kiteorg akn kekal rapat seperti mule2 kiteorg berjumpe dan akan berkekalan sehingga ke sem 6.. memng best dapat duduk satu kelas ngan korang sume.. masing2 x kedekut ilmu dan ambil berat antare satu same lain.. keep it up guys.. jgn ade 'clicks' ok..!!

Saturday, March 19, 2011

Nik Aziz Berjaya Buat Dap Peluk Pas, Bukan Peluk Islam

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz hanya berjaya membawa anggota Dap untuk memeluk rakan sekutu dalam Pas tetapi gagal untuk mentarbiah mereka bagi memeluk agama Islam, kata Setiausaha UMNO Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad.
Katanya, apa yang mahu dibanggakan oleh Pas apabila bersekutu dengan Dap dalam pakatan pembangkang selain PKR sehinggakan kononnya telah berjaya mendekati mereka selain memberi kefahaman berkaitan Islam.
“Apabila Pas bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama Dap, yang bertambah kuat adalah Pas sehinggakan berjaya mengekalkan kuasanya di Kelantan dan berkerajaan di Kedah selain berkongsi kuasa di Selangor.
“Malangnya, dalam hal ini, Pas menjadi kuat sedangkan Islam semakin terkorban kerana Pas terlalu banyak bertolak ansur dalam pakatannya kerana mahu menjaga hati sekutu biarpun ayat-ayat Al-Quran dipersenda dan rumah Allah dijadikan tempat aerobik tanpa menutup aurat,” katanya kepada UMNO-Online.
Katanya, Nik Aziz gagal melaksanakan apa yang dituntut dalam Islam iaitu bersifat baik dengan mana-mana golongan bukan Islam dan berdakwah kepada mereka tetapi dalam masa yang sama memperkukuhkan perpaduan sesama Islam sebagai satu saudara.
“Apa yang dilakukan oleh Nik Aziz adalah sebaliknya iaitu golongan Islam dipecahkan dan enggan berbaik dalam satu permuafakatan sedangkan yang kafir pula diagung-agungkan,” katanya.
Soal beliau lagi, selama 20 tahun Nik Aziz menjadi Menteri Besar di Kelantan apa yang telah beliau lakukan untuk menegakkan syiar Islam?
“Jawabnya tidak ada apa-apa selain patung-patung berhala yang wujud dengan pelbagai saiz, dari yang berdiri, duduk sampailah berbaring semua ada di Kelantan sedangkan Menteri Besarnya selalu melaungkan negara Islam.”
Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas menegaskan bahawa yang benar-benar memperjuangkan Islam adalah kerajaan yang ditunjangi oUMNO.
“Jika dengan Pas dapat dilihat bahawa perjuangan Islam mereka semakin tenggelam sedangkan dengan UMNO bertambah tinggi syiarnya diperjuangkan.
“Kita bukan saja letakkan Islam sebagai juara tetapi kita juga menjadi juara dalam Islam sama ada dalam pentadbiran, pengurusan, politik, ekonomi dan macam-macam lagi sehinggakan Malaysia dikenali sebagai model negara Islam hasil daripada perjuangan UMNO.”
Tegas beliau lagi, negara-negara barat dan para pemimpin bukan Islam juga mengakui bahawa negara ini sebagai sebuah negara Islam jadi bagaimana mungkin Nik Aziz bersikap sebaliknya dan enggan mengakui kebenaran.

Friday, March 18, 2011

Lady Gaga atau Dajjal??



Kenapa ramai sgt yg minat Lady Gaga ni?
Aku pn pelik...tapi benar...haha...
Kat sini aku nk cite skit pasal Lady Gaga yg segelintir remaja or people yg minat nie...
Firstly, who is she?
Secondly, why she dress up so freeking weird?
Thirdly, why her videos are so weird?
Ni contoh2 soalan yg aku trtanye2 kt diri aku...kenapa eh?
Korg mesti pernah trfikir jugak kn...
So, let me tell you something about THIS popstar!
Kepada sesiapa yg xtau ape tue ILUMINATI, please visit this web http://mistisfiles.blogspot.com/
Ok..korg mesti penah dgr and tgk video Lady Gaga ni bertajuk Alejandro??
Tp korg penah ke tau ape maksud and ape yg lagu tue cube sampai kn?
Buat pngetahuan korg...dlm lagu tue ade message yg tersembunyi...message tue cume telah di selindung dgn rentak lagu yg digubah oleh producer..



Dlm video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan. Salah seorang lelaki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. 
Alejandro bukan seorang lelaki,ok?
Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin korg takkan faham. 
Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. 
Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. 
Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.





Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau in simple words 'mind-control slave'.


Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. 


Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya.





Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih.
Okay jadi korg boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro"
Sebaik saja dia sebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya ke langit. 
Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak. A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas jer lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. 
Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. 
Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. 
Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?


Aku kata paderi syaitan sebab tengok ar jubah Gaga tue..
 Ada banyak sangat simbol salib terbalik. 
Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas.
Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. 
Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. 
Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..



" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Thereforeit has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall




Waktu ni lirik yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan. 
Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)
Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. 
Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. 
Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya. 
Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. 
Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. 
Dia ingin mencapai ke-ilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer. 
Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. 
Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. 
Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..
Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .
Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "




Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multi-tafsir. 
Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. 
Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? 
Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. 
Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? 
Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

I Am Lady Gaga!! What's your opinion of Lady Gaga?

"fantastic Gaga? why so many adore her? Lady Gaga just a weird girl! clothing severe, unreasonable, obnoxious, and ridiculous! Her singing is very severe compared to Bieber! hahahah! if Gaga does not exist, the entertainment world can still live ! Gaga is equal to the loser! "


I got this article on the website, personally i think, Gaga is a brave person, she is eligible to be adore by her fans .. 
Lady GaGa continues to impress me despite adopting faux accents on her new material. Where “Alejandro” saw a GaGa with a soft Spanish accent, you can hear a slight French accent on “Bad Romance.” In fact, a few lines of the song are actually sung in French.
 how about your opinion about Lady Gaga? And who is the best, Gaga or Justin Bieber?

Monday, March 7, 2011

rajinnye si relax sudah!!

assalammualaikummmmm
hari nie aq nak cter kerajinan aq yg melampau sangat!!
hahaha.. nak jadikan citer, sir bell aq last week adelah bg past year quetion an..
pastuh aq ingat die suruoh wat essay n hantar today..
iye2 lah aq ber semngat bangun suboh2, wat pas sembahyang suboh ofcozzzz..
(padehal wat pas zohor, nak tunjuk kerajinan lah kate kan...)
perhh.. nak wat expository writing lak an..
ade bar chart berbagai..
bwah nie contohnye..

gempak x?? susah an.. (padehal x lah susah mcm tuh mcm kat bawah nie je... huhuhu)

hehehehehe.. senang ke??? susah la jugak an..
yeyelah aq terterap ditengah tengah bilik mcm paus terdampar kat tepi pantai.. hahahaha
MCAM KAT BAWAH NIE!

mcm nie lah aq terdampar kat bilik aq.. berperah otak sambil nak siapkan 4 perenggan bell..
sambil wat muke comel aq.. mcm kat bawah nie..
comel an?? an??
x comel!!!
hmm buta hati betol korang nie.. 
hahahaha
gurau je..
jgn jadi org yg x leh terima gurauan k..
kalo x leh terima, ini bukan kehidupan ok...
hahaha
life is fun my friends..
so ENJOY!!
lari topik lagi..
aq nie kalo bab bercerita memang lari dari topik..
huhu
kite kene terima kawan kite atau pasangan kite seadanye..
lari topik lagi aq nieh!!!!!!
huhu
ok sambong balik...
dah siap aq menaip tinggal nak print je,...
aq pon hebohla kat fb..
tup2!
sir suroh.....
surohhhhh..
tah hanye kawan aq je yg tau..
kihkih
yg pasti xkene antar pon...
aq dah blur..
usehe aq slepas suboh terbiar mcm tuh je..
(nak tipu lg tuh..)
hancor luluh hati aq..
macam kat bawah nie..
sedih sangat!!!
ok bye....





Sunday, March 6, 2011

lap top baru.. (!_!)

assalammualaikumm semua..
roomate aq zaid balik je dari cuti bawak lap top baru...
LENOVO pulak...
perhhhh warne biru pulak..
cantik siuutttt..
tapi aq lagi suke red edition..
hihihi...
balik je bilik die cabot charger laptop aq pastu cmpak ke tepi (padehal die letak elok2 dengki punye pasal tukar citer sikit.. hihi)
owhhh campak ea aq nye charger.. nasib baek laptop aq xde kat situ.. kalo ade ko mesti campak skali an..
pastuh die gelak n cakap BABI nye WAN.. (aq saje je usik die.. kihkih)
aq jawab: ok fine.. skarang brabuk la laptop aq dah xde sape nak gune dah..
n die teros gelak....
org dapt bende baru memang nak gelak je ke keje die????
huhuhu
bende baru memang leh wat org bahagie an..
no wonder laki nak kawin 4 an.. bende baru lah kate an.. opppss!!
nak ikot sunah nabi n sebab islam tuh cume alasan je semate-mate..
puase, solat n bayar zakat x nak lak ikot sunah ke islam ke?? tol x??
huuhuhu
lari topik dah..
kihkih..
korang kalo nak bahagie g beli bende baru k..
huhu bye.....

Saturday, March 5, 2011

gotong-royong blok tuah!!

hehehehe
Assalammualaikum semua....
hari sabtu yg bertarikh 5/3/2011 aq sepatutnye turun bergotong-royong membersihkan kolej kediaman kami iaitu kolej tuah..
aktiviti start dalam puko 9 kot..
aq ngan member aq masih lago membute..
aq dah dengar MT kolej kiteorg terjerit-jerit panggil semua wargeTuah yg ade tok turun bergotong-royong..
aq ngan member aq pon bangun.. pastu member aq jenguk keluar utk 'tinjau' keadaan.. pastu member aq suruh aq sambung tido balik.. aq pon ape lg, terlentang atas tilam mcm IKAN PAUS TERDAMPAR KAT PANTAI!
aq tanye member aq, x pe ke??
die jawab x pe.. lpas tuh aq ajak die turun sebb x sedap hati.. die tetap berkeras nak sambung tido.. aq pon ape lagi join skaki.... huhu
JENG JENG JENG!!

dalam pukul sebelas lebih bilik aq di masuki YDP blok tuah..
astaghfirrullah alazimmmmmmm... orang bergotong-royong die membuta!!!!!!
bangun terduduk aq macam mayat hidup!! kawan aq mloncat!! heehehe
YDP kiteorg tanye sabun mane sabun mane??
kawan aq cakap tuh sabun bang.. bawah tuh..
YDP aq jawab... tuh sabun serbuk!! aq mau sabun tuk cuci tangan!!
kawan aq cakap, owhhhhhh xde bang.. jap g kiteorg turun bang.. ok.
kiteorg cuci muke dan melibat kan diri dalam aktiviti gotong-royong..
kiteorg bersih an level kite org..

bersih x level kiteorg???
bersih an an... hehehe
pastu aq kmas lak bilik aq.. huhuhu

kemas x bilik kiteorg??
boleh la....................
hahahaha
bilik org bujang lah kate an..............
ok bye.........

Tatkala Termenung....

assalammualaikum semua..
termenung memang perkare biase an??
ok bile hari hujung minggu aq boring.. aq akan termenung, mcm2 yg terbayang kat dalam kpale otak nie..
secare jujurnye aq suke pikir pasal mati.. pelik an??
dari sekolah lg aq suke pikir pasal mati..
terdetik hati aq untuk bertanye ustazah.. x pe ke kalo kite slalu pikir pasal mati nie??
ustazah aq jawab, Allah suke akan hambenye yg slalu ingat akan mati..
tenang aq dengar...
seblum tidor aq akan termenung gak, pon pasal mati.. ape akan jadi kat family aq bile aq mati awal??
ape akan jadi kat aq kalo parents aq 'pergi' semase aq masih belajar lagi?? ape akan jadi kat adiq2 aq??
sape akan jage dieorg?? aq terpakse berhenti belajar dan bekerje demi menyara adiq2 aq an??
aq terpakse bekorban demi adiq2 aq an??
yg pasti aq sanggup..
lpas tuh aq akan terbayang betape sedih dan rindunye aq kat dieorg kalau dieorg dah tiade kat sisi aq..
tanpe aq sedari dalam termenung itu aq menitis an air mate..
MATI???
aq perlu siap an diri aq untuk menghadapi kematian..
kerane itu perkare yg PASTI..
pernahkah anda semua terpikir akan perkare ini??