Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)

Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)
aq harap hubungan kiteorg akn kekal rapat seperti mule2 kiteorg berjumpe dan akan berkekalan sehingga ke sem 6.. memng best dapat duduk satu kelas ngan korang sume.. masing2 x kedekut ilmu dan ambil berat antare satu same lain.. keep it up guys.. jgn ade 'clicks' ok..!!

Sunday, April 10, 2011

Gosip-gosip Atam Pitam

Konsert AF9: Laika Pelajar Pertama Tersingkir


Konsert AF9: Laika Pelajar Pertama Tersingkir

Jangkaan ramai pihak yang tiada penyingkiran di konsert pertama Akademi Fantasia 9 (AF9) nyata meleset apabila Laika diumumkan sebagai pelajar pertama meninggalkan Akademi Fantasia musim terakhir ini sebentar tadi.*HAHAHA.. helah lame dah x pakai lg u allss*
Laika atau nama sebenarnya Zulaika Binti Zahari, 22, yang berasal dari Kuala Lumpur terpaksa meninggalkan akademi setelah mendapat AFUNDI terendah berbanding 11 rakannya yang lain. Laika menyampaikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslow untuk konsert pertama ini yang bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jali.*kalau dah x sedap tersingkir la.. *
Pengumuman pelajar perempuan sebagai pelajar pertama tersingkir bukanlah sesuatu yang asing dalam tradisi Akademi Fantasia. Sejak bersiaran selama lapan musim lalu, tujuh daripadanya melihat pelajar perempuan sebagai pelajar pertama tersingkir. Pengumuman penyingkiran Laika dibuat oleh hos AF9, Aznil Haji Nawawi.
Terdahulu di awal konsert, Aznil turut mengumumkan pengkritik-pengkritik tetap untuk AF9 iaitu Fauziah Dato' Ahmad Daud dan Hattan. Manakala Adibah Noor bertindak sebagai pengkritik jemputan. Dina dan Zizan Raja Lawak tampil sebagai artis jemputan menyanyikan lagu Selamat Tinggal.
Dengan penyingkiran itu, kini tinggal 11 pelajar bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara terakhir untuk program realiti ini.
Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI <jarak> <Nama Peserta> dan hantarkan ke 32999. Anda juga boleh mengundi secara pukal dengan menaip AFUNDI<3/5/10/20> <jarak> <Nama Peserta> dan hantarkan ke 32999.
Diari Akademi Fantasia boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam dan Konsert Akademi Fantasia pula ke udara pada setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
*formal sangat ayat ATAM*


ATAM PITAM!!

No comments:

Post a Comment