Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)

Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)
aq harap hubungan kiteorg akn kekal rapat seperti mule2 kiteorg berjumpe dan akan berkekalan sehingga ke sem 6.. memng best dapat duduk satu kelas ngan korang sume.. masing2 x kedekut ilmu dan ambil berat antare satu same lain.. keep it up guys.. jgn ade 'clicks' ok..!!

Sunday, July 29, 2012

Kerajaan Tanggung Subsidi Yuran Pengajian 85 Hingga 95 Peratus - Muhyiddin (sebahagian duit rakyat disalurkan disini)

SHAH ALAM, 15 April (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) menanggung antara 85 hingga 95 peratus subsidi bagi yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam untuk meringankan beban pelajar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikutan itu, katanya pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian mereka pada kadar yang amat minimum.

"Contohnya bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM9,000 bagi lima tahun pengajian berbanding RM166,000 yuran sebenar. Pelajar hanya perlu bayar 5.4 peratus daripada jumlah yuran sebenar dan baki 94.6 peratus dibayar oleh kerajaan.

"Bagi bidang kejuruteraan di UKM, pelajar hanya perlu bayar RM5,600 untuk tempoh empat tahun pengajian berbanding RM61,200 yuran sebenar. Hanya 9.2 peratus pelajar perlu bayar, manakala baki 90.8 peratur dibayar oleh kerajaan," katanya semasa berucap pada majlis makan malam Perdana Siswazah Kelantan 1Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Naib Canselor UiTM Datuk Prof Sahol Hamid Abu Bakar dan Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) Mohd Faizal Daud.

Mengulas mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata sebahagian besar pinjaman itu digunakan oleh pelajar untuk menanggung keperluan sara hidup mereka.

Beliau berkata hanya 15 ke 30 peratus pinjaman PTPTN digunakan pelajar untuk membayar yuran masing-masing manakala 70 ke 85 peratus digunakan bagi menanggung sara hidup.

"Pemansuhan PTPTN seperti yang diminta pembangkang akan menyebabkan pelajar perlu mencari sendiri yuran pengajian mereka," katanya.

Muhyiddin berkata PTPTN turut mengecualikan pembayaran semula kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendapat kelas pertama atau yang setaraf dengannya yang mana sehingga 31 Dis 2011, seramai 11,764 pelajar telah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman PTPTN.

Beliau berkata sehingga 31 Dis 2011, sebanyak 1.93 juta permohonan PTPTN telah diluluskan melibatkan peruntukan RM42.96 bilion.

"Bagi menyediakan pinjaman kepada pelajar, PTPTN membuat pinjaman daripada institusi kewangan di mana kadar faedah antara empat hingga lima peratus perlu ditanggung kerajaan.

"Bagi 2012, kerajaan perlu membiaya RM1.09 bilion bagi kadar faedah pinjaman dari institusi kewangan," katanya.



*ini baru sebahagian subsidi yang di keluarkan oleh kerajaan demi membantu rakyat.. tapi rakyat tak nampak semua ni.. butakah? kenapa masih termakan dengan kata2 kosong pihak pembangkang? sedar atau tidak negara kita pengeluar subsidi terbanyak demi membantu rakyat. rakyat tak sedarkah? harga petrol terendah didunia, kerana kerajaan menanggung 3 kali ganda dari harga sebenar. tahu pakai je kah??*

No comments:

Post a Comment