Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)

Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)
aq harap hubungan kiteorg akn kekal rapat seperti mule2 kiteorg berjumpe dan akan berkekalan sehingga ke sem 6.. memng best dapat duduk satu kelas ngan korang sume.. masing2 x kedekut ilmu dan ambil berat antare satu same lain.. keep it up guys.. jgn ade 'clicks' ok..!!

Saturday, March 19, 2011

Nik Aziz Berjaya Buat Dap Peluk Pas, Bukan Peluk Islam

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz hanya berjaya membawa anggota Dap untuk memeluk rakan sekutu dalam Pas tetapi gagal untuk mentarbiah mereka bagi memeluk agama Islam, kata Setiausaha UMNO Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad.
Katanya, apa yang mahu dibanggakan oleh Pas apabila bersekutu dengan Dap dalam pakatan pembangkang selain PKR sehinggakan kononnya telah berjaya mendekati mereka selain memberi kefahaman berkaitan Islam.
“Apabila Pas bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama Dap, yang bertambah kuat adalah Pas sehinggakan berjaya mengekalkan kuasanya di Kelantan dan berkerajaan di Kedah selain berkongsi kuasa di Selangor.
“Malangnya, dalam hal ini, Pas menjadi kuat sedangkan Islam semakin terkorban kerana Pas terlalu banyak bertolak ansur dalam pakatannya kerana mahu menjaga hati sekutu biarpun ayat-ayat Al-Quran dipersenda dan rumah Allah dijadikan tempat aerobik tanpa menutup aurat,” katanya kepada UMNO-Online.
Katanya, Nik Aziz gagal melaksanakan apa yang dituntut dalam Islam iaitu bersifat baik dengan mana-mana golongan bukan Islam dan berdakwah kepada mereka tetapi dalam masa yang sama memperkukuhkan perpaduan sesama Islam sebagai satu saudara.
“Apa yang dilakukan oleh Nik Aziz adalah sebaliknya iaitu golongan Islam dipecahkan dan enggan berbaik dalam satu permuafakatan sedangkan yang kafir pula diagung-agungkan,” katanya.
Soal beliau lagi, selama 20 tahun Nik Aziz menjadi Menteri Besar di Kelantan apa yang telah beliau lakukan untuk menegakkan syiar Islam?
“Jawabnya tidak ada apa-apa selain patung-patung berhala yang wujud dengan pelbagai saiz, dari yang berdiri, duduk sampailah berbaring semua ada di Kelantan sedangkan Menteri Besarnya selalu melaungkan negara Islam.”
Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas menegaskan bahawa yang benar-benar memperjuangkan Islam adalah kerajaan yang ditunjangi oUMNO.
“Jika dengan Pas dapat dilihat bahawa perjuangan Islam mereka semakin tenggelam sedangkan dengan UMNO bertambah tinggi syiarnya diperjuangkan.
“Kita bukan saja letakkan Islam sebagai juara tetapi kita juga menjadi juara dalam Islam sama ada dalam pentadbiran, pengurusan, politik, ekonomi dan macam-macam lagi sehinggakan Malaysia dikenali sebagai model negara Islam hasil daripada perjuangan UMNO.”
Tegas beliau lagi, negara-negara barat dan para pemimpin bukan Islam juga mengakui bahawa negara ini sebagai sebuah negara Islam jadi bagaimana mungkin Nik Aziz bersikap sebaliknya dan enggan mengakui kebenaran.

No comments:

Post a Comment