Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)

Inilah Kami Pelajar DIB2C (2011)
aq harap hubungan kiteorg akn kekal rapat seperti mule2 kiteorg berjumpe dan akan berkekalan sehingga ke sem 6.. memng best dapat duduk satu kelas ngan korang sume.. masing2 x kedekut ilmu dan ambil berat antare satu same lain.. keep it up guys.. jgn ade 'clicks' ok..!!

Friday, March 18, 2011

Lady Gaga atau Dajjal??



Kenapa ramai sgt yg minat Lady Gaga ni?
Aku pn pelik...tapi benar...haha...
Kat sini aku nk cite skit pasal Lady Gaga yg segelintir remaja or people yg minat nie...
Firstly, who is she?
Secondly, why she dress up so freeking weird?
Thirdly, why her videos are so weird?
Ni contoh2 soalan yg aku trtanye2 kt diri aku...kenapa eh?
Korg mesti pernah trfikir jugak kn...
So, let me tell you something about THIS popstar!
Kepada sesiapa yg xtau ape tue ILUMINATI, please visit this web http://mistisfiles.blogspot.com/
Ok..korg mesti penah dgr and tgk video Lady Gaga ni bertajuk Alejandro??
Tp korg penah ke tau ape maksud and ape yg lagu tue cube sampai kn?
Buat pngetahuan korg...dlm lagu tue ade message yg tersembunyi...message tue cume telah di selindung dgn rentak lagu yg digubah oleh producer..



Dlm video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan. Salah seorang lelaki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. 
Alejandro bukan seorang lelaki,ok?
Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin korg takkan faham. 
Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. 
Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. 
Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.





Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau in simple words 'mind-control slave'.


Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. 


Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya.





Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih.
Okay jadi korg boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro"
Sebaik saja dia sebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya ke langit. 
Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak. A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas jer lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. 
Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. 
Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. 
Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?


Aku kata paderi syaitan sebab tengok ar jubah Gaga tue..
 Ada banyak sangat simbol salib terbalik. 
Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas.
Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. 
Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. 
Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..



" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Thereforeit has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall




Waktu ni lirik yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan. 
Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)
Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. 
Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. 
Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya. 
Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. 
Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. 
Dia ingin mencapai ke-ilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer. 
Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. 
Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. 
Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..
Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .
Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "




Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multi-tafsir. 
Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. 
Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? 
Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. 
Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? 
Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

2 comments: